^_^
Salam Kumbang-kumbang yang menghiasi bunga-bunga,penuh dengan warni-warni kehidupan,Allah mencipta kita penuh dengan kasih sayang,kasih sayangnya melebihi kasih seorang ibu keapada anaknya,namun hidup kita sering kali lalai dan alpa mengingatinya,membiarkan diri kita dikuasai nafsu dan musuh yang nyata,wal hal yang berkuasa itu ilahi kita,tiada tandingan muka bumi ini dicipta,penuh dengan kenikmatan tiada kecacatan,manusia itu sering angkuh dengan kelebihan dirinya,merasakan dunia seolah olah dia yang punya,Allah berfirman:Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk berubudiayah kepadaku,konteks berubudiyah ini adalah menjadi seorang hamba yang taat akan perintah tuannya,tidakkah pernah kita terfikir begitu kasih sayangnya Allah terhadap hambanya,hambnya sering melakukan dosa dan melanggar akan perintahnya,namun dengan bertaubat sahaja dosa kita diampunkan begitu sahaja,sungguh besar kasih sayang Allah terhadap kita,sekiranya kita kasih kepada Allah,kita perlu kasih kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam kerana Allah begitu kasih kepadanya,
Hiduplah kita sebagai hamba yang berpegang teguh kepada dua perkara:Pertama Al-Quran mukjizat yang dipelihara Allah,
Yang kedua kasih kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dan ahli keluarganya,PASTI hidup tidak akan sesat sekiranya kita berpegang teguh kepada dua perkara ini,
Salam nukilan dari hamba yang ingin bersama-sama temannya menuju kemenangan hakiki.

No comments:
Post a Comment