Monday, 23 September 2013

"Busy dengan Allah~ Menjahanamkan syaitan~

Bismillah...

Ada satu kisah yang terjadi pada zaman Saidina Umar al-Khattab sebagai khalifah... Ia adalah kisah seorang pahlawan perang yang hebat, bernama Abu Mihjan Ats-Thaqafi...

Nama beliau selalu disebut-sebut sebagai pahlawan perang yang hebat dan seorang pemburu syahid, seiring dengan nama-nama besar yang lain seperti Saad Abi Waqas dan lain-lain... Tetapi sayang, beliau juga dikenali sebagai seorang peminum khamr (arak)...

Pada suatu hari seruan jihad berkumandang untuk menakluki Parsi, Abu Mihjan antara yang sukarela menyahut seruan itu... Namun pada hari-hari pertempuran, dia masih tidak dapat menahan ketagihan beliau kepada arak... Oleh itu, ketua angkatan perang waktu itu, Saad Abi Waqas telah memenjara beliau di salah satu kem utama di tempat tentera Islam berehat...

Pertempuran yang beraku pada ketika itu sangat dahsyat... Saad Abi Waqas dilanda penyakit dan tidak dapat bertempur di barisan hadapan... Namun beliau masih memberi perintah, menerima laporan dan mengatur strategi daripada tempat bereat beliau... Di samping itu tentera Parsi pula menyerang tentera Islam dengan gajah-gajah dan kereta perang mereka... Kuda-kuda tentera Islam terkejut untuk menghadapi gajah-gajah itu, lantas kuda-kuda itu panik dan menjadi liar... Menyebabkan formasi tentera Islam menjadi kucar-kacir...

Di antara percaya ataupun tidak, Saad Abi Waqas melihat daripada jauh satu sosok tubuh yang menyerupai Abu Mihjan yang sedang menunggang kuda milik Saad Abi Waqas sendiri... Beliau melihat lelaki itu menyerang gajah milik tentera Parsi dengan tombaknya sambil menutup mata kudanya... Bijak!! Beliau melancarkan tombaknya tepat ke arah mata gajah, lalu seperti tidak terkawal dan melanggar kawanan gajah yang lain... (macam citer lord of the rings la plak... haha)

Lalu tentera Islam yang lain pun mengikuti langkah lelaki itu dan berjaya menyerang tentera Parsi bertubi-tubi... Saad Abi Waqas sehingga bangun dari tempat pembaringannya menyaksikan peristiwa itu... Diyakininya lelaki itu Abu Mihjan tapi tidak dapat di kenalpasti kerana lelaki itu menutup muka dengan serban...

Pada waktu malam setelah perang agak mereda, Saad Abi Waqas melawat kem utara yang menempatkan Abu Mihjan... Beliau pelik, kudanya yang berada di luar kem tersebut seperti keletihan... Apabila Saad Abi Waqas masuk ke kem, dilihatnya Abu Mihjan masih digari... Saad Abi Waqas tanya kepada isterinya kenapa dengan kudanya...

Isteri Saad Abi Waqas menjelaskan bahawa dia yang melepaskan Abu Mihjan... Abu Mihjan memohon kepada isteri Saad Abi Waqas untuk melepaskannya sementara, jika dia masih hidup setelah berperang maka bersumpah dengan nama Allah dia akan pulang ke tempat tahanan semula... Bahkan dia memohon untuk menggunakan kuda Saad Abi Waqas...

Saad Abi Waqas pun berkata kepada Abu Mihjan, "Seharusnya dia tidak lagi dibelenggu... Dia seorang yang mencintai Allah dan berjihad meninggikan kalimahNya... Bergembiralah wahai Abu Mihjan, semoga Allah mengampunimu... Sibukkan dirimu dengan perang memenangkan agama Allah, dan jangan sampai syaitan menipu kamu lagi untuk dekati arak!"

petikan daripada buku
DKU...

nota iman : setiap manusia pernah melakukan kesilapan, mesti pernah tertipu dengan hasutan-hasutan syaitan yang menampakkan kepada kita yang buruk itu seronok... Wahai sahabat-sahabat, sentiasa ada cara untuk menundukkan syaitan itu... Antaranya adalah dengan kerap melakukan ketaatan kepada Allah... Sibukkan diri dengan kebaikan, insyaAllah yang buruk itu akan sedikit demi sedikit terhakis lantas hidup kita dipenuhi kebaikan... Dengan izin Allah~

=)

No comments:

Post a Comment