Dulu lepas matrik aku dapat 2 tawaran sambung belajar... Ke UM kursus biomedical engineering atau USM kursus medical radiation dan aku tahu kursus MR tu di USM kelantan... Antara sebab aku pilih ke USM adalah untuk berjumpa dengan allahyarham Tuan Guru dan rasai sendiri belajar di bumi kelantan... dan antara soalan awal aku kepada senior aku ialah dimana rumah Tuan Guru...
Syukur kepada Allah... Sempat beberapa kali sepanjang 1st year sampai 4th year dengar kuliah TGNA secara live sama ada di medan ilmu atau kuliah subuh di rumahnya... Antara saat yang aku paling rindu ialah pada hari jumaat kalau ada rezeki aku akan solat subuh di masjidnya... Daripada 1st year sampai 2nd year, aku perasan TGNA akan berada di ruang bilik kecil dihadapan saff solat untuk berqiamullail seorang diri... Kemudian TGNA akan duduk berzikir sendiri sehingga tiba waktu azan subuh... Selepas azan beliau akan solat sunat subuh di ruang kecil itu juga... Kemudian beliau akan mengimamkan solat subuh... Ternyata memang suara TGNA sudah agak uzur tapi masih jelas bacaannya dan masih gagah untuk mengimamkan solat jemaah...
Setelah solat subuh, beliau meneruskan wirid pagi seperti bacaan mathurat tapi seperti ade tambahan doa lain... Setelah habis bacaan wirid, beliau terus sahaja menyampaikan tazkirah subuh dalam keadaan beliau duduk menghadap kiblat... Hadirin taat mendengar tazkirah TGNA dalam lebih kurang 30 minit... Tazkirah subuh diakhiri dengan bacaan doa oleh beliau... Selepas menyampaikan kuliah, TGNA tetap duduk di tempat yang sama, kemudian berderet lelaki membawa bayi mereka untuk ditahnik oleh TGNA... Dalam masa yang sama aku perasan ada seorang lelaki duduk bersama TG sambil mengurut bahagian belakang dan pinggang TGNA... Betapa kagumnya aku, dalam pada sakit belakang beliau masih semangat memberi kuliah dan melayan tetamu untuk mentahnik bayi-bayi mereka...
Itu kisah aku masa 1st year sampai 2nd year... Kemudian masuk 3rd year aku pun semakin jarang ke kuliah TGNA... Tapi ade beberapa kali aku datang solat subuh hari jumaat, orang lain yang mengimamkan solat subuh... Dan aku perasan TGNA akan solat jemaah bersama di bahagian sudut kanan saff pertama masjid... Setelah wirid subuh, TGNA akan berjalan ke hadapan dan duduk di atas kerusi untuk menyampaikan tazkirah subuh... Dan kali ini aku perasan TGNA akan membawa bersama satu beg kecil, dan aku nampak ada urine line (betul ke ntah term tu) keluar dari beg... Baru aku ingat TGNA sebenarnya menghidap penyakit prostate cancer yang mungkin menyebabkan susah untuk mengawal kencing, sama seperti allahyarham atuk aku dulu... Allahurabbi... Semakin tinggi respect aku... Penyakit cancer tidak mampu mematahkan jiwanya yang ingin menyampaikan agama...
Sungguh aku bersyukur kerana dapat dipertemukan dengan TGNA dikala sisa hidupnya dan sisa hidup aku masih ada... Gambar diatas adalah kuliah terakhir aku ikuti di medan ilmu... Rezeki aku dapat duduk berhampiran dengan stage, dan alhamdulillah dapat bersalaman dengan TGNA selepas kuliah...
Apa yang aku nak highlightkan disini ialah sepatutnya kita bukan hanya rindu pada batang tubuh TG semata-mata... ya kita rindu untuk melihat wajahnya, kita rindu untuk mendengar kata nasihatnya... Tapi segala apa yang TGNA usahakan dalam konteks tarbiyah, dakwah dan siyasah sepatutnya menjadi pemangkin semangat kepada kita untuk turut bersama dengan perjuangannya... Usaha TGNA untuk Islam adalah rantai penyambung daripada orang2 dahulu sehingga kepada Rasulullah s.a.w.... Berakhirnya riwayat TG, kita seharusnya bersedia untuk mengambil alih dan meneruskan tugas beliau... Kalau kita semua mempunyai kesedaran sebegini, aku yakin usaha mengembalikan Islam ke tempat yang tertinggi di malaysia akan tercapai dengan baik... Hanya tinggal willingness kita sendiri yang mahu bersama dengan gerabak yang sama memperjuangkan agama Allah ini dengan istiqamah dan menyeluruh atau kita hanya memandang dari jauh, solat 5 waktu sekejap kemudian sambung melayan perkara-perkara yang melalaikan... The choice is yours~
"wahai orang-orang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia....." (alMaidah : 54)
Sungguh perjuangan ini bukan sia-sia... Ia akan memberi ujian yang maha hebat ke atas kamu, tapi pulangannya Allah janjikan sangat lumayan... Seperti dalam surah alFajr, Allah akan memanggil kita dengan panggilan yang manja iaitu jiwa yang tenang...
"wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (disisi Tuhanmu). serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. dan masuklah ke dalam syurgaKu!"
(alFajr : 27-30)
Sedikit coretanku ke atas beliau...
Sedekahkan alFatihah ke atas allahyarham Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...

