Tuesday, 25 November 2014

Apabila Ketidakpedulisme (OBLIVION) Mengatasi Humanisme


Sebuah empayar gergasi berusia 600 tahun, iaitu Turki Uthmaniah, tumbang disebabkan beberapa faktor. Faktor utamanya adalah virus oblivion yang menular dalam kalangan rakyat dan juga Negara jajahan Turki ketika itu. 

Masing-masing hanya memikirkan perihal kesenangan dan kemewahan diri serta kerajaan sendiri, Aku..Aku. Kau..Kau. Mereka langsung tidak peduli akan ketirisan, penyelewengan, fitnah, rasuah dan penindasan yang berlaku. Yang penting perut sendiri dan anak bini terisi, duit aku dapat, kerja aku secure. Rakyat ditindas, itu korang punya pasal la, bukan aku. Akhirnya tumbanglah sebuah empayar gergasi dunia, dek kerana oblivion.

Betapa besarnya kesan oblivion ni terhadap masyarakat. Bukan sahaja kesepaduan masyarakat boleh runtuh, malah sebuah empayar juga boleh tumbang. Jadi penting untuk kita tahu bagaimana virus oblivion boleh menjangkiti kita.

Elemen-Elemen penyebab oblivion
Hiburan
Antara aspek hiburan yang menjadi penyumbang terbesar kepada virus Oblivion
Filem/drama/dan rancangan yang seangkatan.
Industri perfileman kini (terutama dari Malaysia) semakin surut idea. Filem-filem/drama-drama murahan sekadar berputar sekitar genre seram, aksi atau komedi yang kebanyakannya tidak berkualiti semakin berleluasa. Industri filem tempatan ketandusan karya yang mampu membuat penontonnya berfikir.

Filem/drama yang terlonggok di pasaran sekarang hanya sekadar hiburan kosong,tanpa idea dan tidak menyumbang kepada pembinaan masyarakat. Maka terhasillah masyarakat yang berfikiran sempit dan gilakan hiburan sepanjang masa. Kejayaan yang hebat untuk ideologi hedonism, tahniah!
Sudah lah filem tempatan tidak kreatif, filem barat pula hanya dipenuhi adegan ganas dan seks sahaja.
Hedonisme sekali lagi berjaya membekukan minda massa. Jadi tidak mengejutkan lahir ramai pemuda-pemudi yang kaku dalam berfikir dan mudah terpengaruh dengan idea bodoh dan kosong daripada filem-filem tersebut. Filem sekarang hanya memaparkan adegan aksi, hero menyelamatkan heroin, kisah cinta, adegan seks dan adegan tahyul(filem Malaysia). Tiada langsung mesej yang dapat membuatkan sel-sel otak berhubung.

Apabila mereka keluar dari panggung atau meninggalkan ruang televisyen di rumah mereka, yang mereka bawa hanya kepuasan sementara setelah berseronok dan juga tanpa sedar terpengaruh dan terbawa-bawa dengan budaya jahanam yang ditayangkan, malah ada yang berangan-angan untuk menjadi seperti watak dalam filem. Tidak hairanlah bila timbul isu transgender diberi kebenaran untuk bebas mengamalkan gaya hidup mereka, tiada reaksi hangat yang timbul dalam kalangan masyarakat. Ini kerana kita sudah dipengaruhi oleh filem/drama bahawa transgender itu adalah normal.

Jika anda sememangnya kaki movie, tiada masalah untuk menonton movie/drama, asalkan pilih yang dpaat menjana pemikiran kita serta memberikan kesedaran. Sebagai contoh:

 The Shawshank Redemption (Filem 1997)
The Motorcycle Diaries (Filem )
V for Vendetta (Filem)
The Message (Filem)

Sukan
Tidak dinafikan sukan banyak faedah. Badan sihat, badan sado dan pelbagai lagi, tapi kadangkala sukan juga boleh buat kita terkena sindrom Oblivion.

 Tidak mengapa jika bersukan atau bersemangat terlibat dengan sesuatu sukan selagi mana di sudut lain usaha untuk memperjuangkan kebenaran dan prihatin dengan permasalahan masyarakat juga diutamakan. Namun yang tidak boleh diterima apabila jika seseorang lebih tahu perkembangan pasukan kegemarannya, biodata setiap pemain dan jadual perlawanan seterusnya berbanding berapa ramai yang mati akibat peperangan di Palestin.

 Ini menunjukkan kita keliru dengan perkara apa yang lebih penting. Adakah keputusan bola sepak atau isu rakyat sekeliling?  Lebih parah, dengan meminati sukan membuat kita bergaduh dan bermusuh gara-gara semangat kenegerian/kelab. Menang kalah pasukan bukannya boleh mengenyangkan homeless diluar sana.

Jangan gagal dalam mengimbangkan antara sukan dan kemanusiaan. Berhenti menjadi manusia yang ambil berat terhadap perkara superficial semata atau manusia yang tenggelam dalam keseronokan sukan tanpa memikirkan dulu masalah kemanusiaan yang melanda masyarakat.
Lagi sekali diulang,tidak mengapa minat terhadap sukan atau meminati pasukan/pemain bola, asalkan tahu memberi keutamaan terhadap perkara yang lebih penting terlebih dahulu seperti keadaan masyarakat dan isu-isu kemanusiaan di dalam atau luar negara.

Budaya Negatif
Kekuatan sesebuah negara bergantung kepada para pemuda-pemudinya . Namun, kuatkah sesebuah Negara jika golongan tersebut hanya beramal dengan budaya negatif dan ideologi sia-sia.
Budaya ber’couple’ (dah terlalu mainstream budaya ini hingga menjadi kemestian walau dalam kalangan remaja-remaja yang mengaku mereka Islam). Budaya couple ini menjadi satu manifestasi terbaik untuk melihat lemahnya remaja-remaja kita dalam melawan nafsu dan betapa naifnya mereka dalam menurut kehendak syahwat sendiri. Nah, seampuh manakah remaja kita?

Dalam hal ini, sekali lagi virus Oblivion telah menguasai masyarakat kita. ‘Couple’ ni tidak akan menjadi trend sekiranya kita sukarela menjadi Pencegah Maksiat. Namun sekarang ini masyarakt kita lebih gemar menjadi penonton tidak berbayar melihat adegan ‘Romantisss’ remaja kita, malah ada ibu-bapa yang memberi restu untuk anak mereka berhubungan. –FACEPALM-

Apabila tiada yang ingin menegur para remaja kita, maka mereka hanyut dan merasakan perbuatan mereka mendapat restu. Maka lahirlah bakal pemimpin Negara yang sibuk beromantika. Isu masyarakat, “Err ada isu ke masyarakat kita?, ‘whatever’ yang penting aku nak dating”,kata Si A . Tidak mengapa mereka masih muda, nanti mereka akan belajar(ini sarcasm).

Belum isu bapak budak lagi, jika si muda leka beromantik, si bapak budak pula leka mengejar duit dan pangkat. Segala kebijaksanaan yang dikurniakan digunakan untuk kaut untung dan juga melobi projek,jawatan. Halal haram itu belakang cerita.  Yang kaya makin kaya, yang miskin terus miskin. Yang kaya makin “obese”, yang miskin makin “slim”

‘Scarcity’ salah satu teori ekonomi yang bermaksud sumber bumi ini terhad manakala hajat manusia tidak terbatas. Namun Allah Maha Adil, Dia mencipta sumber bumi ini mencukupi untuk semua orang. Tetapi golongan pemburu harta dan pangkat inilah yang menyebabkan orang lain tidak menda[at hak mereka. “Argh, peduli apa aku, aku berusaha aku dapat la, orang miskin tu yang malas berusaha, so miskin la dia”, ayat common orang yang terkena virus oblivion

Untuk menghalalkan sifat pentingkan diri ini, mereka menggunakan penyataan seperti ‘jangan jaga tepi kain orang’ atau ‘kubur lain-lain’.

Cengkaman Sistem Kehidupan

Pernahkah timbul dalam fikiran kita rasa bosan melakukan rutin seharian yang sama berulang kali? Kadang-kala terasa tiada makna dalam kehidupan apabila sekadar mencari rezeki dengan melakukan pekerjaan yang kita sendiri tidak suka.

Bagi pelajar pula, timbul rasa tidak tahu mengenai tujuan kita belajar dan duduk di dalam kelas mendengar leteran pensyarah selain semata-mata mahu mendapatkan segulung kertas ijazah. Kertas yang dipercayai bernilai untuk mendapatkan pekerjaan bagi menyara kehidupan setelah graduasi nanti. Sistem pendidikanlah yang telah membuatkan kita menjadi oblivion.

 Sejak kita berumur 6 tahun hinggalah berusia 20-an, kita telah mendapat pendidikan yang kononya sempurna. Kita diajar, untuk berjaya kamu harus mendapat straight A/4 flat. Jika tidak, gelap masa depan kamu. Kamu tidak akan dapat pekerjaan, tiada yang ingin berkahwin, dan kamu akan mengemis.

Kamu harus berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat straight A, bukannya untuk menjadi pandai dan cerdik. Itu pasal kertas soalan boleh bocor, sebab masing-masing nak straight A. Maka lahirlah masyarakat yang menjadi hamba kepada grade.

Namun kita ada pilihan. Sama ada mahu menjadi conformist buta yang sekadar mematuhi cara kehidupan yang sama dan tiada makna seperti orang lain atau menjadi conformist progresif yang berfikir dan mencari makna dalam kehidupan serta cakna terhadap apa yang berlaku dalam persekitaran. Cuba buka genggaman tangan,kita akan dapat lihat pilihan di tangan kita sendiri.

Sifat Manusia Alaf Baru
Sifat negatif memang sudah tersemat dalam diri setiap manusia yang hidup dalam abad ke 21. Pentingkan diri,lalai,pemalas dan sifat yang mempunyai wavelength yang sama dengannya sudah sebati dalam diri setiap pemuda-pemudi.

 Mungkin disebabkan kemajuan yang dicapai oleh peradaban manusia yang mana segala keperluan dan kehendak manusia mudah dipenuhi walau hanya menekan beberapa klik tetikus di hujung jari, sifat-sifat negative ini terus mendapat tempat dalam diri manusia.

Hipotesis yang mengatakan semakin maju sesebuah peradaban,semakin manja,lalai,malas dan pentingkan diri sesebuah masyarakat itu ada betulnya.
Sekarang ni, rumah-rumah makin besar, pagar rumah juga makin tinggi, rasanya dah boleh jadi tembok Israel. Mungkin kerana faktor keselamatan, tetapi ini antara faktor kenapa masyarakat semakin tidak peduli keadaan sekeliling, tidak cakna akan hal jiran tetangga. Aku,aku…engkau,engkau.

Begitu juga dengan teknologi masa kini yang semakin canggih, smartfone, phone yang boleh dilentur, semuanya ada. Jaringan internet seluruh ceruk dunia ada, maka aktiviti wajib bagi manusia kini adalah bersosial menlalui media. Mungkin dengan medium ini membuatkan masyarakat lebih cakna dengan isu rakyat serta perjuangkan masalah masyarakat. Tapi, berapa ramai yang buat macam tu???. 

Tidak kurang kita lihat apabila ibubapa sendiri mendidik anak-anak mereka  selesa dengan gadjet. Malah ada yang menjadikan gadjet sebagai habuan untuk lulus dalam peperiksaan.  Mereka  dididik untuk lebih sukakan kebendaan tersebut bebanding mendidik mereka tentang kepentingan ilmu yang merupakan matlamat utama.

Kalau semua asyik sibuk dgn alat gajet masing-masing, kemana masa untuk bersosial, berkomuniti dan bertegur sapa??

Tidak hairanlah remaja atau golongan muda sekarang kurang  berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti komuniti atau bersosial. Mereka terlalu sibuk dengan urusan sendiri dan tidak sedar akan sikap mereka yang mengabaikan hubungan sosial.
Menjadi hamba gajet ni satu hal, obsess dengan dunia hiburan juga satu hal yang lain. Obses dengan hiburan telah membuatkan kita terlari dari matlamat sebenar seorang manusia berada diatas muka bumi.

Sebagai contoh, isu penduduk Kg. Chubadak tempoh hari, berapa ramai yang cakna? Rasanya lebih ramai yang cakna perihal Rozita Che Wan bersalin.

Kita hanya bersuara jika sesuatu perkara itu kena pada batang hidung kita, tapi isu lain;”arghh malaslah nak ambil tahu. Bukan effect kat aku pun”. Jika berterusan begini maka runtuh la masyarakat kita. Kerana masing-masing hanya kisah akan keselesaan sendiri.

Dan lebih parah, ramai menawarkan diri untuk jadi keyboard warrior tidak berdaftar. Keyboard warrior tidak menyelasikan masalah pun, malah semakin haru-biru jadinya. Masyarakat memerlukan hero yang berani bersuara dan cakna akan perihal masyarakat, bukannya keyboard warrior.

Paraphrase dari kata-kata V dalam filem V for Vendetta,
“If you want to blame someone with all of bad things that happen in the world, all you need to do just look into the mirror”
In other word, blame yourself and your beloved oblivioness for all the misery and injustice that happen all around you.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Al-Hujurat :13

Maka ayuh sama-sama kembali peduli, cakna akan situasi di sekeliling kita. Tiada guna kita kritik masyarakat, sedangkan kita juga adalah masyarakat.




Friday, 21 November 2014

You're FIRED!!!








You’re Fired. Satu perkataan yang cukup digeruni oleh orang yang bekerjaya. Umpama dipanah kilat ketika mana kita mendengar perkataan tersebut dari Bos kita. Gelap masa depan, hilang punca rezeki, makan pasir la anak bini kat rumah.

Maka, bagi mengelakkan perkataan tersebut keluar dari mulut Bos kita, kita akan sedaya upaya cuba untuk mematuhi peraturan serta arahan yang diberikan. Itulah dinamakan komitmen serta kesungguhan. Itulah kunci utama untuk seseorang pekerja menjadi pekerja kesayangan.

Norma kehidupan, siapa yang komited akan kekal, siapa yang tidak komited walau memiliki kepakaran sekalipun akan dipecat.  Komitmen dan kesungguhan merupakan kriteria utama yang dicari oleh mana-mana majikan. Kebolehan serta kepakaran merupakan nilai tambah sahaja.

Kesungguhan serta komitmen bukanlah perkara yang boleh diambil mudah. Pernahkah kita lihat pemain bintang bola sepak tidak turun berlatih dan tidak berdisiplin  akan tetapi dia tetap menjadi pemain utama sesebuah pasukan? Mungkin sebulan dua, ya. Tapi lama kelamaan dia hanya sekadar memanaskan bangku simpanan sebab tidak fit. Padahal dia memiliki skill yang sangat hebat. Begitu juga sukan lain, kamu tidak turun latihan maka kamu tidak akan bermain, walaupun kamu ada skill yang hebat. Berkata seorang jurulatih bola sepak semasa di sekolah menengah dahulu:

“I don’t even care about your skill. Your commitment is all that matter. No commitment, Get Out.”

Akan tetapi, terdapat situasi “You’re Fired” yang jauh lebih besar dan bahaya berbanding  dipecat dari kerja.Nah, demikian ayat amaran Allah kepada mereka yang lengah serta tidak komited dengan kerja-kerja agama.

 “Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) di jalan Allah. Lalu di antara kamu ada orang yang kikir, dan barang siapa kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah Yang Mahakaya, sedangkan kamulah yang menginginkan (kurnia-Nya). Dan jika kamu berpaling (dari iman dan menaati perintah-Nya) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu”
.- Muhammad,38.

“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”- Al-Maidah, 54.

Ulama’ ada mengupas bahawa, murtad yang dimaksudkan dalam ayat Al-Maidah bukanlah semata-mata keluar dari Islam, namun keluar dari gerak kerja Islam juga membawa maksud yang sama.


Kerja-kerja agama bukanlah tugasan hakiki para ustaz/ustazah atau imam. Hakikatnya kerja-kerja agama, dakwah, tarbiah, memimpin dengan adil adalah tugasan buat setiap insan yang mengucapkan kalimah syahadah, yang mengaku diri Islam serta umat Rasulullah. Maka kerja-kerja Islam juga memerlukan komitmen yang sangat tinggi, malah mengatasi kerja-kerja duniawi.

Bukanlah bermakna kerja duniawi perlu diabaikan, akan tetapi letaklah sesuatu pada tempatnya. Kita lebih takut untuk dipecat dari kerjaya kita, namun jarang kita risau kalau-kalau Allah telah menggantikan kita dengan hamba yang lebih Allah cintai( You’re fired), Nauzubillahiminzalik. Jarang kita berfikir, cukup ke usaha dakwah aku selama ini, cukup ke aku tarbiah orang-orang disekeliling, cukup adil ke aku memimpin, adakah aku benar-benar berjihad???. 

Janganlah urusan duniawi kita perfectionist tapi urusan agama kita simplicity je. Takut-takut nanti kita digantikan oleh segolongan manusia yang betul-betul berjihad.. punggah, sia-sia je usaha kita. Islam langsung tidak rugi dan lemah tanpa kita, sebaliknya tetap akan menang. Yang jadi abunya, kita lah. Moga kita tidak tergolong dalam golongan sedemikian. Amiin.

Ayuh kita tingkatkan komitmen dan kesungguhan kita untuk kerja-kerja Islam, agar kita tidak “dipecat”. Hilang kerja ada gantinya, namun hilang Islam  amatlah rugi

Saturday, 3 May 2014

~Kekuatan Nabi Musa a.s~

Bismillah...

Firman Allah S.W.T dalam surah Thaahaa ayat 25 hingga 28...

"Dia (Musa) berkata, ' Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku... dan mudahkanlah untukku urusanku... dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku... agar mereka mengerti perkataanku..."

Kalau kita lihat pada ayat ini dalam bahasa Arab, mesti kita biasa dengar... Sebab ayat inilah kebiasaannya kita baca sebelum mula pembelajaran kita... Atau biasa kita dengar bila orang nak berucap dihadapan, biasa akan mula dengan ayat ini... 

Sedar atau tidak, doa ini merupakan pengharapan nabi Musa a.s kepada Allah tatkala baginda berada dalam kesempitan... Kisahnya ketika Nabi Musa a.s berada di puncak bukit Tursina, bermula dialog yang sangat cantik antara Nabi Musa a.s dengan Allah S.W.T... Allah memerintahkan Nabi Musa a.s lontarkan kayunya, kemudian ia bertukar menjadi ular... Kemudian Allah perintahkan Nabi Musa a.s untuk mengambilnya dan jangan takut (surah Thaahaa : 21) ular itu akan kembali menjadi kayu... Ini adalah mukjizat pertama Nabi Musa a.s... 

Kemudian task kedua, Allah perintahkan Nabi Musa mengepitkan tangannya ke celah ketiaknya... Tangannya menjadi puti tanpa cacat dan penyakit... Ini adalah mukjizat kedua Nabi Musa a.s... 

Task ketiga daripada Allah S.W.T, Allah perintahkan Nabi Musa untuk pergi ke Firaun dan sampaikan dakwah kepadanya (surah Thaahaa : 24)... Disinilah Nabi Musa merasa kesempitan untuk lakukan task tersebut... Tidak seperti 2 task sebelum ini, baginda berjaya lakukannya... Tapi apabila perintah untuk berjumpa dengan Firaun, baginda berdoa dengan doa yang ada pada surah Thaahaa ayat 25 hingga 35... 

Sudah pasti Nabi Musa berasa berat kerana peristiwa-peristiwa yang menyebabkan baginda keluar daripada Mesir... Nabi Musa a.s merupakan seorang "wanted man" kerana baginda terbunuh seorang macai Firaun... Dan atas perintah pembesar negeri Mesir, Nabi Musa dikehendaki untuk dibunuh... Ibarat ketua polis memberi arahan kepada pegawai2 polis untuk "shoot to kill"! 

Lebih-lebih lagi kedudukan Nabi Musa a.s yang pernah membesar di istana Firaun, sudah pasti kebanyakan orang kenal baginda... Untuk berjumpa dengan Firaun, sudah pasti pula Firaun berada dalam istana yang dipenuhi dengan 'pak guard'... Sekiranya Nabi Musa a.s berjalan masuk ke kota Mesir dan kemudian masuk ke dalam istana, confirm Nabi Musa terus ditangkap dan dibunuh!

Secara logiknya task ini merupakan suatu yang sangat sukar... Walau bagaimanapun, Nabi Musa a.s tetap melakukannya... Tetapi baginda bermula dengan berdoa kepada Allah dengan doa surah Thaahaa ni... Pengajarannya Nabi Musa tidak mengadu kepada Allah bahawa baginda tidak mampu buat task ini... Tapi baginda berdoa supaya berikan kekuatan kepada baginda supaya Nabi Musa a.s mampu untuk buat task yang telah diberi...

Apabila diperintahkan untuk berjumpa dengan Firaun, Nabi Musa memikirkan segala kemungkinan yang terjadi sekiranya baginda masuk ke Mesir... Sebab itu baginda berdoa supaya dilapangkan dada... Dijauhkan daripada kerisauan, buang sifat nervous dalam hati, stabilkan emosi.... 

Kesimpulannya antara cara-cara untuk membuang nervous dalam diri adalah dengan berdoa kepada Allah dan juga banyak berzikir kepada Allah... 


=)

Sunday, 12 January 2014

CD Palestino


Ada satu kelab kat Chile yang diasaskan oleh imigran Palestin, yang dinamakan Club Deportivo Palestino



Apa yang menjadi perhatian baru baru ini adalah tindakan mereka menggantikan nombor 1 pada jersi mereka dengan peta asal Palestin pada 1948  yang mana telah 'mengganggu ketenteraman' pihak pro-Israel sehinggakan menteri luar 'negara Israel' menganggap ia sebagai satu bentuk provokasi



Yang lebih menarik adalah komen balas Persekutuan Warga Palestin di Chile, menyatakan sokongan mereka terhadap kelab bolasepak CD Palestino sambil mengecam tindakan hipokrit bekas presiden komuniti Yahudi Chile, Gabriel Zaliasnik yang cuba membawa krisis Palestin-Israel ke Selatan Amerika


hah ni bahasa latin, translate sendiri kat sini

CD Palestino ni siap ada lagu anthem diorang sendiri



"Eh jom cari jersi kelab ni kat Rantau Panjang" hah macam ada je =.=

Sunday, 5 January 2014

Ajal Tidak Menunggu Taubatmu...

Bismillah~

Pada suatu hari ada seorang hamba bersama dengan tuannya... Tuannya baru sahaja bawa pulang hambanya itu... Kemudian, si Tuan ini menunjukkan kepada hamba itu pemandangan sekitar kawasan yang dimiliki nya... 

Si Tuan berkata, "Kau lihat semua ini? Ada ladang, ada haiwan ternakan, ada makanan, ada tumbuhan, ada tempat berlindung daripada panas dan hujan... Kau buatlah ape yang kau suka, nak makan ke, nak bermain dengan binatang ke, nak berlari-lari ke... Cuma ada satu syarat aku kenakan pada kau"

Si Tuan pun melukis garisan mengelilingi kawasan milik tuan tersebut... "Syaratnya kau jangan keluar daripada garisan ni... Buatlah apa yang kau suka dalam kawasan ni, cuma JANGAN KELUAR je..."

Jadi si hamba tadi ni pun dengan gembiranya hidup dalam kawasan tuannya itu, sambil diperhatikan oleh tuannya yang pemurah itu... Sampai pada satu masa ketika seronok bermain tiba-tiba dia terjatuh dan terkeluar daripada garisan yang telah dilakar oleh tuannya... Hamba itu terus berlari pulang ke tuannya dan memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan itu... Tuannya dengan sikap penyayang maafkan hambanya itu...

Terkeluar pula kali kedua, hamba itu mohon maaf lagi kepada tuannya... Seperti biasa, tuannya itu memaafkannya... Terkeluar pulak kali ketiga, namun tuannya tetap memaafkan hambanya setelah hamba itu memohon maaf...

Tidak lama kemudian timbul pula bisikan hati oleh hamba ini... "Eh, tuan aku ni baik je... Aku dah terkeluar daripada kawasan dia ni dah berapa banyak kali... Dia maafkan je aku, tak ada marah-marah pun... Kalau aku keluar lama-lama pun mesti dia tak marah"

Jadi hamba itu pun semakin suka bermain-main di luar kawasan tuannya dan tidak lagi meminta ampun daripada tuannya... Namun dia terlupa, tuannya itu SENTIASA MEMERHATIKANNYA... 

Setelah beberapa lama masa berlalu, tuannya itu pun panggil hambanya itu yang sedang berada di luar kawasannya... Si Tuan berkata "Wahai hambaku, selama ni aku tengok kau selalu keluar daripada kawasan aku... Dan selama ni aku kira berapa banyak kali kau keluar kemudian masuk semula ke kawasan aku untuk makan minum dan tempat teduh... Cukuplah setakat ini, seberapa banyak kau keluar kawasan aku tu, aku akan mengenakan balasan terhadap kedegilan kau! Setiap kesalahan kau akan aku balas!"

#Sesungguhnya begitulah analogi kita dengan pencipta kita... Allah sentiasa memerhatikan gerak langkah kita, dan akan mengambil kira segala apa yang kita lakukan~

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya" 
(surah az-Zalzalah : 7-8)

Oleh itu jom sama2 muhasabah untuk setiap langkah kita lakukan sentiasa diperhatikan oleh Allah~

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" (surah az-Zariyat : 56) 



=)