Sunday, 5 January 2014

Ajal Tidak Menunggu Taubatmu...

Bismillah~

Pada suatu hari ada seorang hamba bersama dengan tuannya... Tuannya baru sahaja bawa pulang hambanya itu... Kemudian, si Tuan ini menunjukkan kepada hamba itu pemandangan sekitar kawasan yang dimiliki nya... 

Si Tuan berkata, "Kau lihat semua ini? Ada ladang, ada haiwan ternakan, ada makanan, ada tumbuhan, ada tempat berlindung daripada panas dan hujan... Kau buatlah ape yang kau suka, nak makan ke, nak bermain dengan binatang ke, nak berlari-lari ke... Cuma ada satu syarat aku kenakan pada kau"

Si Tuan pun melukis garisan mengelilingi kawasan milik tuan tersebut... "Syaratnya kau jangan keluar daripada garisan ni... Buatlah apa yang kau suka dalam kawasan ni, cuma JANGAN KELUAR je..."

Jadi si hamba tadi ni pun dengan gembiranya hidup dalam kawasan tuannya itu, sambil diperhatikan oleh tuannya yang pemurah itu... Sampai pada satu masa ketika seronok bermain tiba-tiba dia terjatuh dan terkeluar daripada garisan yang telah dilakar oleh tuannya... Hamba itu terus berlari pulang ke tuannya dan memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan itu... Tuannya dengan sikap penyayang maafkan hambanya itu...

Terkeluar pula kali kedua, hamba itu mohon maaf lagi kepada tuannya... Seperti biasa, tuannya itu memaafkannya... Terkeluar pulak kali ketiga, namun tuannya tetap memaafkan hambanya setelah hamba itu memohon maaf...

Tidak lama kemudian timbul pula bisikan hati oleh hamba ini... "Eh, tuan aku ni baik je... Aku dah terkeluar daripada kawasan dia ni dah berapa banyak kali... Dia maafkan je aku, tak ada marah-marah pun... Kalau aku keluar lama-lama pun mesti dia tak marah"

Jadi hamba itu pun semakin suka bermain-main di luar kawasan tuannya dan tidak lagi meminta ampun daripada tuannya... Namun dia terlupa, tuannya itu SENTIASA MEMERHATIKANNYA... 

Setelah beberapa lama masa berlalu, tuannya itu pun panggil hambanya itu yang sedang berada di luar kawasannya... Si Tuan berkata "Wahai hambaku, selama ni aku tengok kau selalu keluar daripada kawasan aku... Dan selama ni aku kira berapa banyak kali kau keluar kemudian masuk semula ke kawasan aku untuk makan minum dan tempat teduh... Cukuplah setakat ini, seberapa banyak kau keluar kawasan aku tu, aku akan mengenakan balasan terhadap kedegilan kau! Setiap kesalahan kau akan aku balas!"

#Sesungguhnya begitulah analogi kita dengan pencipta kita... Allah sentiasa memerhatikan gerak langkah kita, dan akan mengambil kira segala apa yang kita lakukan~

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya" 
(surah az-Zalzalah : 7-8)

Oleh itu jom sama2 muhasabah untuk setiap langkah kita lakukan sentiasa diperhatikan oleh Allah~

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" (surah az-Zariyat : 56) 



=)

No comments:

Post a Comment