You’re Fired. Satu perkataan yang cukup digeruni oleh orang
yang bekerjaya. Umpama dipanah kilat ketika mana kita mendengar perkataan
tersebut dari Bos kita. Gelap masa depan, hilang punca rezeki, makan pasir la
anak bini kat rumah.
Maka, bagi mengelakkan perkataan tersebut keluar dari mulut Bos kita, kita akan sedaya upaya cuba untuk mematuhi peraturan serta arahan yang diberikan. Itulah dinamakan komitmen serta kesungguhan. Itulah kunci utama untuk seseorang pekerja menjadi pekerja kesayangan.
Norma kehidupan, siapa yang komited akan kekal, siapa yang tidak komited walau memiliki kepakaran sekalipun akan dipecat. Komitmen dan kesungguhan merupakan kriteria utama yang dicari oleh mana-mana majikan. Kebolehan serta kepakaran merupakan nilai tambah sahaja.
Kesungguhan serta komitmen bukanlah perkara yang boleh diambil mudah. Pernahkah kita lihat pemain bintang bola sepak tidak turun berlatih dan tidak berdisiplin akan tetapi dia tetap menjadi pemain utama sesebuah pasukan? Mungkin sebulan dua, ya. Tapi lama kelamaan dia hanya sekadar memanaskan bangku simpanan sebab tidak fit. Padahal dia memiliki skill yang sangat hebat. Begitu juga sukan lain, kamu tidak turun latihan maka kamu tidak akan bermain, walaupun kamu ada skill yang hebat. Berkata seorang jurulatih bola sepak semasa di sekolah menengah dahulu:
“I don’t even care about your skill. Your commitment is all that matter. No commitment, Get Out.”
Akan tetapi, terdapat situasi “You’re Fired” yang jauh lebih besar dan bahaya berbanding dipecat dari kerja.Nah, demikian ayat amaran Allah kepada mereka yang lengah serta tidak komited dengan kerja-kerja agama.
“Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) di jalan Allah. Lalu di antara kamu ada orang yang kikir, dan barang siapa kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah Yang Mahakaya, sedangkan kamulah yang menginginkan (kurnia-Nya). Dan jika kamu berpaling (dari iman dan menaati perintah-Nya) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu”.- Muhammad,38.
“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”- Al-Maidah, 54.
Ulama’ ada mengupas bahawa, murtad yang dimaksudkan dalam ayat Al-Maidah bukanlah semata-mata keluar dari Islam, namun keluar dari gerak kerja Islam juga membawa maksud yang sama.
Kerja-kerja agama bukanlah tugasan hakiki para ustaz/ustazah atau imam. Hakikatnya kerja-kerja agama, dakwah, tarbiah, memimpin dengan adil adalah tugasan buat setiap insan yang mengucapkan kalimah syahadah, yang mengaku diri Islam serta umat Rasulullah. Maka kerja-kerja Islam juga memerlukan komitmen yang sangat tinggi, malah mengatasi kerja-kerja duniawi.
Bukanlah bermakna kerja duniawi perlu diabaikan, akan tetapi letaklah sesuatu pada tempatnya. Kita lebih takut untuk dipecat dari kerjaya kita, namun jarang kita risau kalau-kalau Allah telah menggantikan kita dengan hamba yang lebih Allah cintai( You’re fired), Nauzubillahiminzalik. Jarang kita berfikir, cukup ke usaha dakwah aku selama ini, cukup ke aku tarbiah orang-orang disekeliling, cukup adil ke aku memimpin, adakah aku benar-benar berjihad???.
Janganlah urusan duniawi kita perfectionist tapi urusan agama kita simplicity je. Takut-takut nanti kita digantikan oleh segolongan manusia yang betul-betul berjihad.. punggah, sia-sia je usaha kita. Islam langsung tidak rugi dan lemah tanpa kita, sebaliknya tetap akan menang. Yang jadi abunya, kita lah. Moga kita tidak tergolong dalam golongan sedemikian. Amiin.
Ayuh kita tingkatkan komitmen dan kesungguhan kita untuk kerja-kerja Islam, agar kita tidak “dipecat”. Hilang kerja ada gantinya, namun hilang Islam amatlah rugi

No comments:
Post a Comment