"Mereka yang da mengucap kalimah syahadah dan berjanji (berbaiah) pada diri dan agama untuk menyampaikan dakwah adalah golongan musuh kepada syaitan. Maka bersedialah untuk menerima cabaran/hasutan yang kuat untuk melakukan maksiat (rohani dan jasmani) supaya kita kalah dalam medan pertempuran"
~Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus". "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".~
[surah al-A'raf ayat 16-17]
1-Qarin – mendampingi manusia sejak lahir lagi bagi mengajak, merayu dan menipu supaya menyimpang jauh dari jalan yang diridhai Allah.
2-al Wilhan –menggoda dan mengganggu manusia sedang wudhuk
3-al Hinzab – mengganggu manusia sedang solat
4-Thibr- bertugas khusus untuk membinasakan manusia.
5-Awar- menggoda manusia untuk melakukan zina.
6-Mabsut – membisikkan manusia supaya berdusta.
7-Dasim – Bertugas semata-mata menjadikan supaya manusia bersengketa dengan keluarga.
8-Zalanbur- Bertugas dipasar-pasar membisikkan dan memberansang manusia supaya melakukan penipuan semasa menjula beli.
No comments:
Post a Comment